Pada 19 Mac 201 lalu telah diadakan satu program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Kampung Sendayan
di Seremban. Ceramah ini berlangsung bagi menyampaikan maklumat serta
penerangan isu-isu semasa dalam negara untuk pemahaman orang ramai serta
masyarakat setempat. Pelbagai isu disentuh serta dikupas di dalam
program ini termasuklah isu nasional, isu pencerobohan pengganas di
Lahad Datu dan sebagainya.
Dua penceramah yang terlibat di dalam program ini. Penceramah pertama memulakan ceramah adalah YBhg Ustaz Habib daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ceramah kemudiannya disambung dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Ceramah pertama dimulakan oleh YBhg Ustaz Habib daripada JASA
Sdr Syamsul turut mendengar setiap hujahan yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Habib
Sdr Syamsul memulakan ceramahnya
Di antara yang hadir
Semua tekun dan fokus mendengar