Dalam majlis pengumuman senarai calon BN di sini hari ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Zainuddin Ismail sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jelebu.
Pengumuman itu sekali gus mengesahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak disenaraikan sebagai calon.
Bekas Menteri Besar dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, sementara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Hasan Malek kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu di Parlimen Tampin dan Kuala Pilah.
No comments:
Post a Comment