Masyarakat Ladang Kombok hari ini menyambut dengan gembira kedatangan
Khairy Jamaluddin dan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang tiba di
Majlis Mesra Rakyat PDM Kombok berhadapan SJKT Ladang Kombok, DUN Paroi.
Masyarakat Ladang Kombok yang hadir
Didalam ucapan Khairy,beliau mengingatkan rakyat PDM Kombok supaya rakyat jangan mudah
terpedaya dengan pembangkang yang datang dengan janji-janji kosong serta
memberikan gambaran buruk mengenai kerajaan agar rakyat membenci
kerajaan sedia ada.
Khairy memberi penjelasan tentang isu hospital di rembau yang dimainkan
pembangkang. Projek Hospital Rembau sebenarnya tidak terbengkalai
seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, sebaliknya tender sudah
dikeluarkan untuk pembinaan bangunan berkenaan.
Pembinaan fizikal hospital itu bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutu-pan tender projek berkenaan 18 April 2013.
Khairy dikalungkan dengan bunga malai daripada wakil penduduk ladang Kombok
Khairy dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengibarkan panji Barisan Nasional bersama penduduk Kombok
No comments:
Post a Comment