Seremban, 23 Apr - ”Kejayaan dikecapi
disebabkan oleh pelajaran dan jika dasar yang baik tidak dilaksanakan,
maka tidak bergunalah dasar yang diperkenalkan.” ujar Dato’ Seri Utama
Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Warga guru perlu meletakkan semula
profession perguruan ke tahap dihormati oleh masyarakat seperti mana
profession ini satu ketika dahulu amat dihormati.
Ujar beliau lagi, “Betapa penting dan
mustahaknya peranan guru kepada anak didik disamping guru perlu
menganggap anak murid yang didiknya umpama anak sendiri .
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan,
menyempurnakan Persidangan Perdana Mentransformasikan Sistem Pendidikan
Negara – “Kompetensi & Profesionalisme Keguruan” di Klana Resort,
Seremban sebentar tadi.
Tegas beliau, “pentingnya tenaga
pengerak’ bermaksud pentingnya peranan guru di tambah pula dunia
berdepan dengan zaman globalisasi yang penuh cabaran dan dugaan.
Para guru turut diingatkan bahawa
profession perguruan ini telah wujud sejak sekian lama, jika tidak di
sekolah, ibu bapa itulah guru kita, dan apabila di sekolah, guru menjadi
sumber rujukan anak murid.
Katanya lagi, “Jika mahu berjaya lihatlah kepada Dasar Pendidikan dan tenaga pengeraknya.
Di seminar dua hari yang bermula hari
ini dianjurkan oleh Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM) perlu
dijadikan medium perbincangan untuk mendapatkan solusi pendidikan yang
perlu diubah mengikut peredaran semasa.
Jika persidangan dua hari ini mencapai
objektifnya, beliau yakin dan percaya profession perguruan ini kembali
dipandang tinggi oleh masyarakat.
Guru tidak boleh lagi ketinggalan
kebelakang dan menyedari peranannya perlu dikelilingi kelompok
masyarakat apalagi ianya perlu diinstitusikan kepada masyarakat.
Beliau berasa amat hairan kenapa
profesion perguruan yang satu ketika dahulu amat dihormati masyarakat
kini dipandang ringan malah profession tersebut dilihat malap.
Beliau turut menyeru agar guru bangkit
memainkan peranan dan mengilap semula semangat ‘sense of honourship’ di
dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna bersesuaian
dengan peredaran semasa.
Turut hadir, Prof. Dr. Dato’ Kamaruddin
Kachar, Tan Sri Dato’ Abd Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Prof Emaritus Dato’ Dr. Ishak Harun dan Dr. Masnah Muda.
psttt : Guru dah dapat macam-macam manafaat dari kerjaaan BN kalau tak sokong kerajaan BN tak tau lah nak kata apa... sendiri fikir lahhhh!
No comments:
Post a Comment