Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Friday, April 19, 2013

kemarahan kaum India Negeri Sembilan terhadap PAKATAN RAKYAT memuncak

SEREMBAN 18 April - DAP negeri menerima tamparan hebat selepas penyandang Parlimen DAP Seremban, John Fernandez mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.



Naib Pengerusi DAP negeri itu yang menghantar surat keluar parti tersebut Isnin lalu, akan mengetuai lima calon Bebas lain merampas kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Tindakan beliau itu mendapat sokongan tiga bekas ahli DAP lain serta seorang peguam dan seorang ahli perniagaan yang kesemuanya terdiri daripada kaum India.

Mereka ialah Setiausaha Politik beliau, S. Rajashegher; bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan; bekas ahli DAP, S. Sasikumar; ahli perniagaan, S. Daniel dan peguam, S. Karthigesan.

Rajashegher akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai; Vijayan (DUN Bukit Kepayang); Sasikumar (DUN Temiang); Daniel (DUN Port Dickson) dan Karthigesan (DUN Senawang).
 

Semua kerusi DUN itu termasuk Parlimen Seremban dimenangi DAP dalam pilihan raya umum lalu kecuali DUN Port Dickson yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

John berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendapati DAP semakin meminggirkan kaum India meskipun sering melaung-laungkan merupakan parti berbilang kaum.

Katanya, tindakan meminggirkan kaum India itu telah lama berlaku dan semakin ketara semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Disember lalu.

"Sikap itu semakin ketara melalui pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.
"Saya mendapat tahu beberapa calon seperti M. Manogaran, P. Ramasamy, S. Ramakrishnan dan J. Apalasamy tidak tersenarai bertanding di kawasan masing-masing iaitu di Teluk Intan, Batu Kawan, Labis dan Cameron Highlands," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya mengenai pengumuman beliau sebelum ini yang tidak mahu bertanding kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu, John berkata, beliau berbuat demikian kerana diarahkan pucuk pimpinan DAP.

"Saya telah diminta untuk memaklumkan kononnya saya memberi laluan kepada muka baharu," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

patut kaum india sedar lama dah...