Rantau, 21 Apr – Penyandang kerusi N27
Rantau, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan (BN) berikrar pertahan
kerusi yang dimenanginya pada 2004 dan 2008 lalu sekaligus menghilangkan
wang deposit pihak lawannya.
2008, beliau di tentang oleh calon PKR, Aisah Lamsah dan kini calon yang sama menentangnya.
Ujar beliau di majlis pemimpin bertemu
rakyat di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi, “pembangkang akan
dikuburkan di PRU kali ini, kerana mereka sudah menyusahkan ramai rakyat
di dalam negara dan negeri.”
Tambah beliau lagi, “pembangkang amat
mengelirukan pemikiran rakyat. Agenda yang di bawa pada 2008 telah
berjaya merasuk sebahagian rakyat dengan pelbagai janji bulan dan
bintang.
“Namun setelah 5 tahun di beri peluang
menjadi wakil rakyat dan mentadbir beberapa buah negeri, akhirnya janji
tinggal janji. Akibat janji ditaburi, rakyat kini perlu buka mata untuk
memastikan pembangkang tidak lagi wujud di bumi negara ini.” Katanya.
Beliau turut berseloroh, “jika mereka
datang setelah 5 tahun tak datang membawa bekal gula dan gandum,
tuan-tuan dan puan-puan ambil. Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa. Jangan kita tolak pemberian orang.”
Begitu pun, pembangkang sebenarnya amat
yakin mereka akan kalah teruk kali ini dan dikhabarkan sedang merancang
sesuatu untuk sabotaj BN. Oleh itu, kepada semua penyokong dan pengundi
BN dinasihatkan agar berhati-hati.
Bukan sahaja mereka berhasrat untuk
sabotaj BN namun dalam masa yang sama mereka mahu menyalahkan dan
menuduh SPR tak telus di dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya.
Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj
Hasan, “ini lagu lama yang dinyanyikan pembangkang. Pada tahun 2008,
mereka nyanyikan sebelum pilihanraya diadakan, selepas menang 6 negeri
yang BN tidak pernah duga, mereka diam bisu.”
Oleh yang demikian, rakyat perlu keluar
mengundi dan memastikan memilih kerajaan yang tepat dan kerajaan yang
mengutamakan kesejahteraan rakyat dan mempunyai agenda pembangunan
negara.
“Tolak pembangkang bermakna banyak lagi
agenda pembangunan negara dapat direncanakan. Berikan fokus kemenangan
2/3 kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum kali ini.” sambung
beliau lagi
Turut hadir, calon P131 Rembau, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar (BN) serta isteri Puan Nole Tun Abdullah Ahmad
Badawi, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku
Nujumuddin, Encik Zulkifli Yusof, Ketua PDM Sri Lalang.
No comments:
Post a Comment