Seremban, 18 Apr – Semua calon parlimen dan DUN mewakili BN sekali lagi berkumpul di rumah rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Kali ini bagi memastikan borang
pencalonan diisi dengan betul dan memastikan pencadang dan penyokong
adalah pengundi di kawasan yang diwakili calon.
Persiapan hari ini juga penting bagi mengelakkan masalah teknikal di hari penamaan calon ini kelak.
Di samping memerlukan calon mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang turut hadir.
Menurut Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri
Utama Hj Mohamad Hj Hasan, ketika sessi sidang media ringkas, semakan
dan persediaan ini amat penting untuk semua calon dan di lakukan dan
keadaan yang selesa dan tidak tergesa-gesa.
Beliau turut menyatakan, bahawa seorang
calon menyerahkan watikah pencalonan sekaligus menarik diri dari
mewakili kawasan yang diwakilinya kerana memikirkan beberapa sebab dan
faktor.
Namun, beliau menasihatkan calon
tersebut agar berfikir sehingga petang ini sama ada mahu terus menarik
diri atau terus bertanding di kawasan yang diwakilinya.
Katanya lagi, “kita masih mencari calon
yang sesuai untuk mengantikan tempatnya. Berkaitan calon penganti tidak
mempunyai masalah kerana ramai yang bersedia menjadi calon. Tetapi calon
yang bakal mengantikannya, perlu melepasi kriteria yang ditetapkan oleh
parti.
Beliau turut menegaskan bahawa pemilihan calon oleh pihak atasan merupakan aspirasi masyarakat dan bukan aspirasi parti.
Calon penjawat awam
Menurut Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj
Hasan, calon yang bekerja sebagai penjawat awam perlu menghantar notis
berhenti kerja jika hendak menjadi calon PRU.
John Fernandez bertanding BEBAS
Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, konflik yang melanda DAP negeri lama diketahui.
Apabila bekas ahli parlimen tersebut
mengumumkan akan bertanding BEBAS, ianya jelas menunjukkan orang India
tidak puas hati dengan DAP.
“Orang Melayu apa lagi, memang tidak
mempunyai peluang dalam DAP. Masyarakat boleh menilai terutamanya
pemilihan CEC yang tidak terlus.
Katanya lagi, parti DAP merupakan parti yang cakap tidak serupa bikin.
Semakan dan angkat sumpah calon di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah berlangsung dua hari sebelum tarikh penamaan
calon pada 20 April 2013.
No comments:
Post a Comment