Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Tuesday, April 30, 2013

PKR NEGERI SEMBILAN BERPECAH HANCUR BERDERAI BERHENTI KERJA KEMPEN PRU13 INI


PKR Negeri Sembilan hancur jahanam dan punah ranah terbukti menerusi email di atas. Kepada jentera PKR di Negeri Sembilan berhentikan jelah kerja-kerja kempen korang sepanjang PRU13 ni sebab dah tak ada gunanya... calon-calon PKR yang bertanding tu semuanya tak akan dapat berkhidmat untuk korang... Sia-sia pengorbanan korang yang kuat bekerja tapi sebenarnya PEMIMPIN korang di Negeri Sembilan dan PKR Pusat bertelagah tak sudah-sudah

Monday, April 29, 2013

TABIK SPRING PADA PENDUDUK GELANG PATAH SAKSIKAN MELAYU INDIA DAN CINA BERSATU HALAU LIM KIT SIANG BAPAK RASIS DAP


Den raso orghang nogori jo yang otai dan berani.. ghupo eh org johor pun gagap perkasa jogak... cabut lari Lim Kit Siang kena provok dek orang tempatan di Gelang Patah. Ado ko dio janji nak tolong melayu sah-sah lah melayu tahu dio nak membohong... maghah la orang...

Baru kena gegar sikit dah cabut lari he he he... hebat sbb bukan calang-calang... LIM KIT SIANG KENA HALAU...

Saturday, April 27, 2013

KOLEKSI GAMBAR TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASIN TPM KE MAJLIS PELANCARAN AKU JANJI BN NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS PENYERAHAN "'TOUCH POINT ' MOA DIKAMPUNG FELDA SENDAYAN

Pada 26 April 2013 jam 10.15 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan telah menerima kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melancarkan sisipan aku janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertema ‘Satu Kejayaan Satu Pengharapan Janji Ditepati’ dan menyempurnakan Majlis Penyerahan ‘Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sesungguhnya warga Kampung Felda Sendayan mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas kesudian Tan Sri untuk hadir ke kampung kami. Besar ertinya kehadiran Tan Sri buat semua warga Kampung Felda Sendayan. Keprihatinan dan suntikan semangat menerusi ucapan Tan Sri selain sumbangan yang diberikan menggambarkan Kerajaan BN sememangnya mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Kejayaan Kerajaan BN menunaikan janji-janji menerusi pelbagai faedah yang kami terima  dari SKIM 1MALAYSIA akan kami balas menerusi sokongan padu kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, DS Najib dan DS Mohamad Hasan.

InsyaAllah pada 5 Mei semasa hari pengundian seluruh warga pengundi di Kampung Felda Sendayan, Rantau, Rembau, Negeri Sembilan dan Malaysia amya akan menterjemahkan sokongan dengan MENGUNDI BARISAN NASIONAL. 

Berikut Koleksi Gambar Sepanjang Majlis Berlangsung


 KLIK UNTUK LIHAT KESEMUA GAMBAR

PRU13 Tan Sri Muhyiddin Yassin BN N.Sembilan lancar sisipan aku janji PRU13 Di Kampung Sendayan

BN N.Sembilan lancar sisipan aku janji PRU13

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) semasa berucap pada Majlis Pelancaran Aku Janji BN Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Felda Sendayan dekat Seremban, hari ini.- Foto Bernama
 
SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini melancarkan sisipan aku janji 'Satu Kejayaan Satu Penghargaan Janji Ditepati' yang mengandungi 45 janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Aku janji tersebut dilancarkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan, di sini yang turut dihadiri pemimpin dan calon BN di negeri ini.

Bagi mensejahterakan rakyat, BN berjanji untuk mencapai sifar miskin tegar, menambah bilangan rumah mampu milik untuk rakyat, menyediakan lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), menyebar luas perkhidmatan Wifi percuma, menambah baik kemudahan jalan raya dan menyiapkan pembinaan Hospital Rembau yang serba moden.

Untuk memastikan Dasar Lembah Ilmu yang diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini terus berjaya, BN menggariskan aku janji untuk memberi insentif kepada anak negeri yang mendapat kelulusan kelas pertama di institusi pengajian tinggi.

Insentif galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) dan menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh turut akan dilaksana di bawah dasar itu.

Bagi meneruskan kejayaan Dasar Jaringan Sosial pula, BN negeri berjanji untuk menyelesaikan pewartaan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan dan berusaha untuk mempertingkat taraf ekonomi Orang Asli.

Turut digariskan dalam aku janji itu adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan warga bandar dengan mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah bandar raya, menaik taraf beberapa majlis daerah kepada majlis perbandaran dan menambah bilangan parkir bagi keselesaan warga Seremban.

Tumpuan turut diberikan terhadap memperkukuh syiar Islam dan keharmonian antara agama serta memperkasa skim rondaan sukarela dan kepolisan rakyat.

BN negeri juga berjanji menguruskan perkhidmatan dengan cekap dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah serta menarik lebih banyak pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan. - Bernama

PRU13 Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Kenyataan Di Kampung Sendayan : Yakini Perjuangan Barisan Nasional -TPM

Yakini Perjuangan Barisan Nasional -TPM


Majlis Pelancaran "Aku Janji" Barisan Nasional Negeri Sembilan, sempena lawatan kerja sehari Dato Seri Utama Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) Di Dewan Orang Ramai Sendayan, Dun Rantau, Parlimen Rembau.




Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, bukan sahaja melancarkan Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan, malah beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan ‘Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pagi tadi.

Majlis yang diadakan secara serampang dua mata tersebut merupakan janji ditepati kerajaan kepada rakyat yang selama ini amat yakin dengan transformasi yang dijanakan oleh kerajaan.

Kenyataan Sidang Media

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka PAS akan keluar pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana perbezaan ideologi dan dasar yang serius antara mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan itu terbukti apabila negara Islam dan hukum hudud yang menjadi teras dalam perjuangan PAS sejak dulu tidak dipersetujui parti lain dalam pakatan.

Karpal kata langkah mayatnya dulu, Lim Kit Siang kata no way you want to do this (jangan harap awak mahu buat begini).

Jika pembangkang diberi kuasa membentuk kerajaan, perkara pertama dibincang ialah siapa hendak menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kata akulah; Hadi Awang kata, dia pun juga.. yang lain saya tidak tahulah.

Isu ini sampai sekarang tidak selesai, katanya ketika melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Kampung Sendayan di sini, semalam.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, PAS bertanding kira-kira 70 daripada daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara dan hanya boleh menang sebahagian daripada jumlah itu, jauh kurang berbanding kerusi ditandingi PKR dan DAP.

PAS minoriti
Sudah tentu berlaku pertembungan, mereka (PKR dan DAP) kata kami majoriti dan awak (PAS) minoriti perlu ikut kami.

Hingga suatu peringkat yang begitu genting, akhirnya PAS kata, kalau beginilah keadaannya, saya terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang, katanya.

Sementara itu, katanya, Ketua Umum PKR sudah terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri.

Dia tidur malam bermimpikan Putrajaya, dia makan ingatkan Putrajaya, dia bangun pagi ingatkan Putrajaya. Baru-baru ini, dia sudah mula berdendang… masya-Allah, katanya.

Berdasarkan tinjauan di seluruh negara, katanya kebangkitan Gelombang Biru begitu hebat dan tidak tahu cara Anwar menilai keadaan itu.

Mungkin dia tersilap kerana matanya dikaburi kuasa. Kemaruk kuasa ini bahaya bagi seseorang, tetapi apa hendak buat, itulah Anwar Ibrahim sebenarnya, katanya.

Turut hadir, calon wakil rakyat BN Negeri Sembilan.

PRU13 Muhyiddin Ramal PAS Mungkin Keluar Pakatan Pembangkang Kerana Pertembungan Ideologi - Kenyataan Di Kampung Sendayan

Muhyiddin Ramal PAS Mungkin Keluar Pakatan Pembangkang Kerana Pertembungan Ideologi

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) disambut mesra penduduk kampung ketika hadir ke majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Felda Sendayan dekat sini, hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri).

SEREMBAN, 26 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan PAS akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.

"(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat (di antara mereka).

"Saya juga fikir dalam satu peringkat nanti (bila) begitu genting keadaannya, akhirnya PAS pun kata, kalau beginilah saya (PAS) terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sisipan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan di sini Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan calon-calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini. Muhyiddin berkata jika ditakdirkan pakatan pembangkang menerajui negara dan pertembungan itu masih berlaku, maka politik negara akan goyah kerana kerajaan yang hendak dibentuk akan terumbang-ambing dan seterusnya membawa kesan buruk kepada negara.

"Kalau kita lihat bagaimana debat mengenai negara Islam dan hudud yang disuarakan oleh pihak PAS ditentang dengan hebat, dan ini menjadi teras dalam perjuangan PAS.

"Pertembungan yang agak luar biasa itu akan menyebabkan PAS disisihkan, kerana kerusi (Parlimen) yang PAS bertanding pun hanya 70 lebih sahaja daripada 222 kerusi (Parlimen).

"(Dan) saya jangka PAS hanya menang sebahagian daripada itu sahaja, (jadi) bagaimana PAS hendak mempengaruhi majoriti yang terdiri daripada PKR dan DAP?" soalnya.

Beliau berkata tidak sewajarnya rakyat memutuskan untuk membuat suatu perubahan yang mendadak atau luar biasa hanya kerana mereka fikir BN sudah terlalu lama memerintah.

"Ada yang nak mencuba sesuatu yang baru tapi saya berpendapat pengalaman yang sedia ada, kita (BN) telah melalui zaman senang dan susah menguruskan ekonomi negara, masalah keselamatan negara waktu awal-awal dulu, soal komunis.

"Ini pengalaman yang tidak ada bagi pihak parti pembangkang lebih-lebih lagi pakatan pembangkang jadi lebih rapuh," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun banyak perkara yang menunjukkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang dari dahulu sehingga sekarang, namun mereka masih berselindung atas nama itu.

Beliau juga percaya bahawa sokongan rakyat dan akar umbi terhadap BN semakin meningkat, mengikut bancian sikap pengundi yang dijalankan parti gabungan berkenaan.

"Saya yakin rakyat sudah mula yakin dan ini jelas terbukti di banyak kawasan mempunyai peningkatan (sokongan) yang agak baik dan memberi kelebihan kepada BN," katanya.

Aku Janji bertajuk 'Satu Kejayaan Suatu Pengharapan, Janji Ditepati' itu mengandungi 45 janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

-- BERNAMA

PRU13 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kenyataan Di Kampung Sendayan :Aku janji BN terbaik untuk rakyat

MUHYIDDIN (tiga dari kanan) melihat sisipan aku janji BN Negeri Sembilan yang ditunjukkan oleh Mohamad (tiga dari kiri) di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, Seremban semalam.


SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan sisipan aku janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertema ‘Satu Kejayaan Satu Pengharapan Janji Ditepati’ dengan menyenaraikan 45 perkara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Aku janji BN Negeri Sembilan itu diumumkan Muhyiddin di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan di sini di hadapan lebih 2,000 orang penyokong.

Turut hadir Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Ketua Pemuda BN yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin serta calon-calon BN negeri bagi PRU-13.

Muhyiddin berkata, kesemua 45 perkara yang terkandung dalam aku janji itu dirangka khusus bagi mensejahterakan seluruh rakyat di negeri tersebut.

“Ia merupakan perancangan BN negeri yang teliti dalam tempoh lima tahun, menyentuh semua perkara demi kemakmuran dan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin meramalkan Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti.

Katanya, ini disebabkan pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.
“(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud.

“Hari ini, perbahasan dalam surat khabar jelas membuktikan ketidaksefahaman pakatan pembangkang dalam isu-isu tertentu,” katanya.

Jelas Muhyiddin, jika ditakdirkan pakatan pembangkang mentadbir negara dan pertembungan tersebut masih wujud, tidak mustahil politik negara akan goyah.

“Rakyat tidak wajar memutuskan untuk membuat suatu perubahan yang mendadak atau luar biasa hanya kerana mereka fikir BN sudah terlalu lama memerintah,” ujarnya.

PRU13 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kenyataan Di Kampung Sendayan : Ideologi berbeza, PAS diramal keluar Pakatan



bendera pakatan(m)

Seremban, 27 April: Perbezaan ideologi dan dasar yang serius antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi sebab Pas keluar pakatan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika pembangkang diberi kuasa membentuk kerajaan, perkara pertama dibincang ialah siapa yang patut menjadi Perdana Menteri. “Anwar Ibrahim kata akulah, Hadi Awang pula kata, dia pun nak jadi. Isu PM ini hingga sekarang tidak selesai,” kata Muhyiddin

Muhyiddin menjangka PAS akan keluar pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana perbezaan ideologi antara mereka, katanya ketika melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Kampung Sendayan di sini, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan itu terbukti apabila negara Islam dan hukum hudud yang menjadi teras dalam perjuangan PAS sejak dulu tidak dipersetujui parti lain dalam pakatan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh kata langkah mayatnya dulu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kata ‘no way you want to do this’ (jangan harap awak mahu buat begini). 

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, PAS bertanding kira-kira 70 daripada daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara dan hanya boleh menang sebahagian daripada jumlah itu, jauh kurang berbanding kerusi ditandingi PKR dan DAP.

PAS minoriti
Sudah tentu berlaku pertembungan, mereka (PKR dan DAP) kata kami majoriti dan awak (PAS) minoriti perlu ikut kami.

Hingga suatu peringkat yang begitu genting, akhirnya PAS kata, kalau beginilah keadaannya, saya terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang, katanya.  Sementara itu, katanya, Ketua Umum PKR sudah terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri.

PRU13 Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri - Kenyataan Di Kampung Sendayan : Pertembungan ideologi pembangkang pada tahap serius Kenyataan Di Kampung Sendayan

Pertembungan ideologi serius

Muhyiddin Yassin bersama Mohamad Hasan dan Khairy Jamaludin serta sebahagian calon PRU-13 menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan Sisipan Aku Janji BN Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, semalam. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN 
 
SEREMBAN 26 April - Pertembungan ideologi pembangkang kini berada pada tahap serius dan amat berbahaya jika dibenarkan mentadbir negara kelak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu adalah realiti yang wajar dimaklumkan kepada rakyat supaya jangan tersilap mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

''Mungkin pembangkang akan pertahankan dan kata mereka amat sepakat. Itu kata mereka dan sebenarnya pertembungan ideologi sesama mereka begitu serius, malah banyak saranan satu pihak yang tidak didukung oleh pihak lain.

''Saya lihat itu adalah bahaya. Bukan kenyataan saya ini untuk menakut-nakutkan pengundi kerana itu adalah realiti yang boleh berlaku. Kami mahu menghalang ia daripada berlaku," tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan sisipan Aku Janji BN Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Ketua Pemuda BN yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin serta calon-calon BN negeri yang akan bertanding pada PRU-13.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangan beliau dengan keadaan negara sekiranya kelak rakyat tersalah pilih.

''Elok juga kita berikan maklumat itu kepada rakyat biasa dan pengundi yang tidak tahu realiti politik sebenar sekarang.

''Jadi kita berikan amaran awal supaya jangan tersilap pilih. Kita bukan hanya kata Barisan Nasional (BN) adalah yang baik sahaja tetapi hendaklah diberitahu kesan buruknya jika tersilap pilih kerana pembangkang tidak pernah bermuafakat," katanya.

Mengulas slogan 'Ubah' yang dibawa pembangkang, Muhyiddin berkata, motif politik pembangkang sememangnya tidak senang melihat kejayaan dan pembaharuan yang dibawa oleh BN memandangkan sokongan rakyat kian bertambah menjelang tarikh mengundi tidak lama lagi.

''Bila keadaan sudah berada di landasan yang kukuh, kenapa hendak ada satu perubahan besar yang boleh menyebabkan kita tergelincir daripada mencapai sasaran.

''Saya berikan contoh bahawa dasar transformasi itu seperti landasan, di mana di atas landasan itu ada lokomotif atau kereta api laju yang dipandu oleh Perdana Menteri. Kita tahu arah mana yang hendak dituju pada tahun 2020,'' katanya.

Beliau berkata, dengan meletakkan negara di landasan yang betul, tiada sebab mengapa rakyat perlu menukar Perdana Menteri sedia ada.
''Pemandunya sudah cukup baik dan boleh membawa kita mencapai sebuah negara maju," kata Muhyiddin.

PRU13 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BN Negeri Sembilan lancar 45 aku janji Di Kampung Felda Sendayan

Seremban: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, semalam melancarkan 45 aku janji bertajuk Satu Kejayaan Suatu Pengharapan, Janji Ditepati yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun jika BN mendapat mandat pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Aku Janji yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan di sini, semalam meliputi 18 perkara, termasuk kesejahteraan rakyat, perumahan, infrastruktur, ekonomi dan pelaburan dan syiar Islam. 
.
.
Sebagai contoh dalam kesejahteraan rakyat, BN berjanji untuk mencapai sifar miskin tegar, menambah bilangan rumah mampu milik untuk rakyat, menyediakan lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), me-nyebar luas perkhidmatan WiFi percuma, menambah baik kemudahan jalan raya dan menyiapkan pembinaan Hospital Rembau yang serba moden.

BN juga berjanji memperhebat bidang pendidikan dengan memastikan Lembah Ilmu yang dirancang berjaya serta memberi insentif kepada anak negeri yang mendapat kelulusan kelas pertama di institusi pengajian tinggi.

Insentif lanjut pelajaran

Begitu juga insentif galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) dan menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh.

Untuk belia, BN akan berusaha melahirkan lebih ramai atlit cemerlang serta menyediakan dana pengurusan kepada organisasi belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
Bagi meneruskan kejayaan Dasar Jaringan Sosial pula, BN negeri berjanji menyelesaikan pewartaan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan dan berusaha mempertingkat taraf ekonomi Orang Asli.

Turut digariskan dalam aku janji itu adalah meningkatkan kualiti kehidupan warga bandar dengan mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah bandar raya, menaik taraf beberapa majlis daerah kepada majlis perbandaran dan menambah bilangan tempat letak kereta bagi keselesaan warga Seremban.

Kukuh syiar Islam

Tumpuan turut diberikan terhadap memperkukuh syiar Islam dan keharmonian antara agama serta memperkasa skim rondaan sukarela dan kepolisan rakyat.

BN negeri juga berjanji menguruskan perkhidmatan dengan cekap dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah serta menarik lebih banyak pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Friday, April 26, 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Kampung Felda Sendayan Hari Ini

Seluruh warga Kampung Felda Sendayan amat berbesar hati, bertuah dan berbangga atas kesudian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk hadir ke mari dan akan kami kenang sampai bila-bila. 

Sesungguhnya menjadi satu penghormatan kepada kami penduduk Kampung Felda Sendayan kerana Kampung Sendayan terpilih menjadi Tuan Rumah Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan dan ramah Mesra bersama rakyat serta “Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Perkarangan Dewan Orang Ramai Sendayan.

Pengiktirafan dengan memilih Kampung Felda Sendayan untuk pelbagai program peringkat nasional membuktikan keupayaan dan sokongan penduduk yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan kepimpinan Barisan Nasional dan Negeri Sembilan khususnya dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan anak jati Rembau. 

Dengan Izin ALLAH jua sokongan ini akan diterjemahkan dalam bentuk UNDI kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 nanti sebagai tanda terima kasih kami atas pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Najib Tun Razak yang selama ini telah banyak menabur jasa dan budi kepada rakyat serta membawa negara ke mercu kejayaan.

PETIKAN BERITA
 
Negeri Sembilan 26 Apr 2013 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tiba pagi ini di dalam rangka lawatan kerja beliau di Negeri Sembilan bersempena kempen jelajah PRU13 ke seluruh negara.

Beliau bakal tiba dengan menaiki helikopter yang akan mendarat di Sek. Men Mantin sebelum ke program pertama pada jam 10.00 pagi, majlis sarapan pagi bersama masyarakat Pekan Mantin di tempat letak kereta di hadapan kedai 7 Eleven, Mantin.

Kemudiannya, beliau meneruskan program kedua di Dewan Orang Ramai Sendayan bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan dan ramah Mesra bersama rakyat.

Di majlis sama, beliau turut dijadualkan menyempurnakan “Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Perkarangan Dewan Orang Ramai Sendayan.

Sejurus program, beliau dijangka menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari di Majlis Mesra Rakyat di Masjid Taman Tuanku Jaafar sebelum beredar.

Warga Negeri Sembilan dijemput hadir meraikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri.

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Cembong kubu kuat Barisan Nasional

mb atas

Rembau 24 April : Majlis pemimpin bersama. Rakyat di padang awam Sedia Raja menyaksikan calon calon BN Rembau, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan calon Parlimen Rembau, Hj Khairy Jamaluddin dan calon Dun Cembung Dato’ Zaifulbahari Idris di iringi oleh 200 biji motor oleh anak anak muda dari Parlimen Rembau.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari YB Dato Zaifulbahari calon DUN Chembung mengajak pengundi di Chembung untuk mengucapkan terima kasih kepada BN dengan mengundi BN pada 5hb Mei ini.

YB Hj Khairy Jamaluddin seterusnya berucap dihadapan kehadiran hampir 1000 orang penyokong . Beliau berkata kehadiran penyokong yang ramai ini memberikan suntikan semangat kepada calon calon yang tentunya letih berkempen.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong kerana datang beramai ramai menyambut calon calon Barisan Nasional.

Dalam ucapan Dato’. Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, beliau mengajak rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bersyukur kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan, Tan Cheng Lock yang selalu menekan kepada menaikan taraf kemiskinan.

Beliau juga turut mengecam calon pembangkang yang entah mana datangnya , hanya muncul pada pilihanraya datang ke Parlimen Rembau dan menabur fitnah.

PRU13 Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan Penduduk Kuala Sawah kini kembali Sokong BN


DA9_0050

Kuala Sawah, 24 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi BN Negeri amat puas hati dengan peratusan pengundi keluar di majlis pemimpin bersama rakyat di perkarangan bilik gerakan PDM Kuala Sawah, petang tadi.

Pengerusi BN Negeri yang juga calon mempertahankan kerusi DUN Rantau ini berkata, Di kala berkempen, dijangkakan tidak ramai akan keluar mendengar kempen, tetapi disebabkan oleh kepercayaan mereka telah pulih dan terarah kepada BN, maka kita dapat lihat kepuasan di hati dan jiwa mereka.

Menjawab soalan media di sidang media ringkas, beliau mengambil contoh kehadiran kaum India di dua siri majlis pemimpin bersama rakyat, iaitu di Ladang Kombok dan Taman Permata tiga hari lalu, rata-rata yang keluar merupakan pengundi yang mulai sedar mainan pembangkang yang menipu mereka selama ini.

“Berbeza dengan 2008, bendera pun tidak ada, malah poster yang diletakkan di sabotaj malah mereka membaling dengan najis binatang. Kini boleh kita lihat bendera berkibaran dan kebanyakan rumah turut mengibarkan bendera.” katanya.

Ketika itu mereka dipengaruhi dengan jayanya oleh Makkal Sakti dan Hindraf, kini mereka telah berikrar taat setia bagi memulihkan kepercayaan kaum India dan membantu BN untuk menang di PRU

Paling malang buat pembangkang (DAP),  ahli-ahli mereka terutama kaum India beramai-ramai keluar parti dan dimaklumkan seramai 14 orang ahlinya menjadi calon Bebas.

Mereka yang keluar tersebut ialah dikalangan hardcore kaum India dan dijangkakan peratusan masyarakat India keluar mengundi BN begitu tinggi sekali kali ini.

Turut hadir, Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin dan isteri Noli Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tuesday, April 23, 2013

PRU13 Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan : ‘Jom ubah’ di kubu kuat pembangkang


DA9_0015


Senawang, 22 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan juga calon N27 Rantau mengajak pengundi Taman Pinggiran Senawang yang memenangkan calon PAS di PRU lalu untuk berubah.


Beliau amat tertarik dengan banting PAS (Jom Ubah) yang meminta pengundi di sini untuk berubah malah seakan-akan berkempen di negeri Kelantan.


Beliau yang berasa amat pelik dengan kempen ubah di kubu kuat sendiri tersebut menyarankan agar pengundi keluar beramai-ramai pada 05 Mei ini untuk mengundi BN.


Secara berseloroh beliau berkata, “jika pembangkang kata kenapa undi BN? Katakan pada mereka, ‘kau sendiri yang suruh ubah.. dah ubah kenapa marah?”


Katanya lagi, “beri peluang kepada calon baharu N25 Paroi yang mewakili parti, iaitu saudara Mohd Ghazali Abd Wahid untuk menabur bakti kepada penduduk di sini.”

PRU13 Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan : Guru perlu bersaing dengan cabaran semasa



DSC_9175


Seremban, 23 Apr - ”Kejayaan dikecapi disebabkan oleh pelajaran dan jika dasar yang baik tidak dilaksanakan, maka tidak bergunalah dasar yang diperkenalkan.” ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.


Warga guru perlu meletakkan semula profession perguruan ke tahap dihormati oleh masyarakat seperti mana profession ini satu ketika dahulu amat dihormati.


Ujar beliau lagi, “Betapa penting dan mustahaknya peranan guru kepada anak didik disamping guru perlu menganggap anak murid yang didiknya umpama anak sendiri .


Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, menyempurnakan Persidangan Perdana Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara – “Kompetensi & Profesionalisme Keguruan” di Klana Resort, Seremban sebentar tadi.


Tegas beliau, “pentingnya tenaga pengerak’ bermaksud pentingnya peranan guru di tambah pula dunia berdepan dengan zaman globalisasi yang penuh cabaran dan dugaan.


Para guru turut diingatkan bahawa profession perguruan ini telah wujud sejak sekian lama, jika tidak di sekolah, ibu bapa itulah guru kita, dan apabila di sekolah, guru menjadi sumber rujukan anak murid.

PRU13 LAGI AHLI DAP MASYARAKAT INDIA NEGERI SEMBILAN KELUAR PARTI DAP


Sekumpulan ahli DAP mengambil keputusan keluar dari parti DAP bagi menunjukkan sokongan mereka kepada BN. Dlm satu sidang media mereka menyatakan sudah muak dgn janji2 kosong yg ditaburkan oleh DAP terutamanya ketua pembangkang kek NS Anthony Loke..

DAP tidak pernah memperjuangkan nasib kaum India disini malah DAP turut mem8nggirkan mereka.. Tadi mereka semua bertekad memotong kad keahlian mereka td sebagai simbol keluar parti.. 


PRU13 GILA! ANAK TANGKAP KES SAMUN NAMUN RAVI CALON DAP PORT DICKSON MASIH MAHU JADI WAKIL RAKYAT

Saya terdengar desas desus  Ravi ada mengatakan bahawa anak calon DAP Port Dikson sdr Ravi  ditangkap kerana menyamun.
Malahan seluruh Malaysia dan Negeri Sembilan telah mengatahui. Difahamkan ada sekumpulan pengundi Negeri Sembilan akan membuat protes untuk mendesak RAVI membuat pengakuan dengan bukti mengesahkan bahawa anaknya tidak ditangkap menyamun.

Eloklah Ravi jelaskan supaya rakyat dapat pencerahan atau terima saja hukuman dari rakyat yang akan menolak pemimpin yang gagal mendidik keluarga.

PRU13 HADI AWANG PRESIDEN PAS MENGAKU CALON PKR TERDIRI DARI PENGEDAR DADAH, BERIDEOLOGI MAXISME DAN GANGSTER



MARANG, 22 April - PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenis methamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan

"Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya.

Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada 'syaitan' yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas dalam cerceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. - klpos

PRU13 BN NEGERI SEMBILAN GELISAH 10 RIBU DATANG CERAMAH CALON DUN LENGGENG ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

PAS menerima tamparan awal pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar sepi dengan hanya dihadiri 10 orang penyokong di Kampung Pantai dekat sini malam tadi.
,
Walaupun bercakap soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya PAS, Zulkefly nyata gagal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.

.
Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang turut mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, lebih menggamit penyokong untuk hadir mendengarnya.

.
Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam di kem PAS itu, tidak kedengaran laungan "takbir" seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya juga kelihatan mengantuk.

.
Zulkefly dalam ceramahnya yang hambar itu, menggunakan kesempatan untuk memburuk-buruk Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.

.
Malangnya dia tidak pula memberitahu betapa gagalnya diri sendiri kerana tidak mampu mentadbir kem ceramahnya sehingga yang datang pada majlis itu hanya 10 orang sahaja.



CALON Pas bagi DUN Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar (berdiri tengah) menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 10 orang penyokongnya di Kampung Pantai, Lenggeng malam tadi. - UTUSAN

Monday, April 22, 2013

PRU13 ANAK MUDA NEGERI SEMBILAN JOM KITA MENGUNDI


.
.

PRU13 NEGERI SEMBILAN CALON BN MOST WANTED








PRU13 Dato' Seri Mohamad Hasan - Pembangkang yakin mereka kalah

DA9_0024

Rantau, 21 Apr – Penyandang kerusi N27 Rantau, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan (BN) berikrar pertahan kerusi yang dimenanginya pada 2004 dan 2008 lalu sekaligus menghilangkan wang deposit pihak lawannya.

2008, beliau di tentang oleh calon PKR, Aisah Lamsah dan kini calon yang sama menentangnya.
Ujar beliau di majlis pemimpin bertemu rakyat di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi, “pembangkang akan dikuburkan di PRU kali ini, kerana mereka sudah menyusahkan ramai rakyat di dalam negara dan negeri.”

Tambah beliau lagi, “pembangkang amat mengelirukan pemikiran rakyat. Agenda yang di bawa pada 2008 telah berjaya merasuk sebahagian rakyat dengan pelbagai janji bulan dan bintang.

“Namun setelah 5 tahun di beri peluang menjadi wakil rakyat dan mentadbir beberapa buah negeri, akhirnya janji tinggal janji. Akibat janji ditaburi, rakyat kini perlu buka mata untuk memastikan pembangkang tidak lagi wujud di bumi negara ini.” Katanya.

Beliau turut berseloroh, “jika mereka datang setelah 5 tahun tak datang membawa bekal gula dan gandum, tuan-tuan dan puan-puan ambil. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jangan kita tolak pemberian orang.”

Begitu pun, pembangkang sebenarnya amat yakin mereka akan kalah teruk kali ini dan dikhabarkan sedang merancang sesuatu untuk sabotaj BN. Oleh itu, kepada semua penyokong dan pengundi BN dinasihatkan agar berhati-hati.

Bukan sahaja mereka berhasrat untuk sabotaj BN namun dalam masa yang sama mereka mahu menyalahkan dan menuduh SPR tak telus di dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya.

Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, “ini lagu lama yang dinyanyikan pembangkang. Pada tahun 2008, mereka nyanyikan sebelum pilihanraya diadakan, selepas menang 6 negeri yang BN tidak pernah duga, mereka diam bisu.”

Oleh yang demikian, rakyat perlu keluar mengundi dan memastikan memilih kerajaan yang tepat dan kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan mempunyai agenda pembangunan negara.

“Tolak pembangkang bermakna banyak lagi agenda pembangunan negara dapat direncanakan. Berikan fokus kemenangan 2/3 kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum kali ini.” sambung beliau lagi
Turut hadir, calon P131 Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN) serta isteri Puan Nole Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Encik Zulkifli Yusof, Ketua PDM Sri Lalang.

PRU 13 Datuk Seri Mohamad Hasan - 'Pikat' segera pengundi bukan golongan ahli parti

SEREMBAN 19 April - Pengundi atas pagar dan bukan ahli parti kini sedang memerhatikan gelagat setiap parti yang bertanding bagi memilih parti yang benar-benar berwibawa menerajui negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, golongan itulah yang harus didekati calon, jentera dan ahli parti supaya mereka dapat melihat susun atur, gerak kerja, dasar dan manifesto yang dibawa cukup menambat hati mereka memilih BN pada 5 Mei ini.
"Setiap parti ada penyokong tegar masing-masing tetapi ada juga pengundi bukan ahli dan jika mereka selesa serta mendapati BN tiada masalah, inilah yang akan memenangkan hati mereka untuk mengundi kita dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya percaya dalam konteks ini, BN sudah mendahului pakatan pembangkang dengan rakyat mempercayai dan melihat apa yang telah dilakukan kerajaan BN dalam membela serta mensejahterakan mereka sejak sekian lama," katanya di sini hari ini.

Tambah Mohamad, pengundi yang bukan ahli parti kebanyakannya adalah generasi muda dan golongan profesional yang boleh akses maklumat dengan mudah melalui media baru seperti laman sosial, portal berita atau gajet tertentu.

Pada masa yang sama juga, Mohamad mengakui di kawasan luar bandar juga merupakan kubu kuat BN dan turut terdedah dengan media baru ini.

"Kita juga sedar apabila pengundi yang bukan ahli ini balik kelak ke kampung, mereka turut membawa pandangan yang diperoleh menerusi media baharu.

"Sebab itulah, jentera mahupun agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat tepat dalam laman sesawang mereka untuk rujukan rakyat dan melalu pautan tertentu supaya boleh menangkis maklumat salah berkenaan," ujarnya.

Katanya, beliau optimis semua kerusi tradisi BN yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu akan dikuasai semula selain penambahan di kerusi-kerusi yang tewas dahulu.

PRU13 SEMPOI - Orang Ramai Teruja Temui Khairy Di Pasaraya Gaint Senawang


Selepas menghadiri beberapa program di sekitar DUN Paroi, Khairy Jamaluddin membuat kejutan di pasaraya Gaint, Senawang.

Kesempatan ini diambil oleh Khairy dan isterinya Puan Nori untuk beramah mesra dengan orang ramai yang berkungjung di pasaraya tersebut.

Rata-rata orang ramai berasa terkejut dan teruja apabila menyedari kehadiran seorang pemimpin di Pasaraya Gaint. Dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Khairy.

Inilah contoh pemimpin yang harus kita sokong... Sempoi!