SEREMBAN 19 April - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook menyifatkan bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa menjadi wakil rakyat kawasan itu.

``Sebab itu, DAP mahu menggugurkan dia daripada senarai calon sebab prestasi kurang memuaskan. Itu sebab kita nak tukar dia," katanya kepada para pemberita selepas majlis mengumumkan senarai calon DAP negeri ini bagi PRU-13, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan John mengumumkan keluar daripada DAP dan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU-13.
John juga mengetuai lima calon bebas lain berhasrat merampas kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.
Tindakan beliau itu mendapat sokongan tiga bekas ahli DAP lain serta seorang peguam dan seorang ahli perniagaan yang kesemuanya terdiri daripada kaum India.
Selepas John keluar daripada parti itu, Siew Fook berkata, kata-kata John kini tidak boleh dipercayai lagi.
``Saya rasa orang macam ini tidak boleh dipercayai, tak ada prinsip perjuangan," ujarnya.
- UTUSAN
No comments:
Post a Comment