Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Saturday, April 27, 2013

PRU13 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kenyataan Di Kampung Sendayan :Aku janji BN terbaik untuk rakyat

MUHYIDDIN (tiga dari kanan) melihat sisipan aku janji BN Negeri Sembilan yang ditunjukkan oleh Mohamad (tiga dari kiri) di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, Seremban semalam.


SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan sisipan aku janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertema ‘Satu Kejayaan Satu Pengharapan Janji Ditepati’ dengan menyenaraikan 45 perkara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Aku janji BN Negeri Sembilan itu diumumkan Muhyiddin di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan di sini di hadapan lebih 2,000 orang penyokong.

Turut hadir Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Ketua Pemuda BN yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin serta calon-calon BN negeri bagi PRU-13.

Muhyiddin berkata, kesemua 45 perkara yang terkandung dalam aku janji itu dirangka khusus bagi mensejahterakan seluruh rakyat di negeri tersebut.

“Ia merupakan perancangan BN negeri yang teliti dalam tempoh lima tahun, menyentuh semua perkara demi kemakmuran dan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin meramalkan Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti.

Katanya, ini disebabkan pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.
“(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud.

“Hari ini, perbahasan dalam surat khabar jelas membuktikan ketidaksefahaman pakatan pembangkang dalam isu-isu tertentu,” katanya.

Jelas Muhyiddin, jika ditakdirkan pakatan pembangkang mentadbir negara dan pertembungan tersebut masih wujud, tidak mustahil politik negara akan goyah.

“Rakyat tidak wajar memutuskan untuk membuat suatu perubahan yang mendadak atau luar biasa hanya kerana mereka fikir BN sudah terlalu lama memerintah,” ujarnya.

No comments: