Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Friday, April 26, 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Kampung Felda Sendayan Hari Ini

Seluruh warga Kampung Felda Sendayan amat berbesar hati, bertuah dan berbangga atas kesudian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk hadir ke mari dan akan kami kenang sampai bila-bila. 

Sesungguhnya menjadi satu penghormatan kepada kami penduduk Kampung Felda Sendayan kerana Kampung Sendayan terpilih menjadi Tuan Rumah Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan dan ramah Mesra bersama rakyat serta “Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Perkarangan Dewan Orang Ramai Sendayan.

Pengiktirafan dengan memilih Kampung Felda Sendayan untuk pelbagai program peringkat nasional membuktikan keupayaan dan sokongan penduduk yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan kepimpinan Barisan Nasional dan Negeri Sembilan khususnya dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan anak jati Rembau. 

Dengan Izin ALLAH jua sokongan ini akan diterjemahkan dalam bentuk UNDI kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 nanti sebagai tanda terima kasih kami atas pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Najib Tun Razak yang selama ini telah banyak menabur jasa dan budi kepada rakyat serta membawa negara ke mercu kejayaan.

PETIKAN BERITA
 
Negeri Sembilan 26 Apr 2013 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tiba pagi ini di dalam rangka lawatan kerja beliau di Negeri Sembilan bersempena kempen jelajah PRU13 ke seluruh negara.

Beliau bakal tiba dengan menaiki helikopter yang akan mendarat di Sek. Men Mantin sebelum ke program pertama pada jam 10.00 pagi, majlis sarapan pagi bersama masyarakat Pekan Mantin di tempat letak kereta di hadapan kedai 7 Eleven, Mantin.

Kemudiannya, beliau meneruskan program kedua di Dewan Orang Ramai Sendayan bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan dan ramah Mesra bersama rakyat.

Di majlis sama, beliau turut dijadualkan menyempurnakan “Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Perkarangan Dewan Orang Ramai Sendayan.

Sejurus program, beliau dijangka menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari di Majlis Mesra Rakyat di Masjid Taman Tuanku Jaafar sebelum beredar.

Warga Negeri Sembilan dijemput hadir meraikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri.

No comments: