Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Cembong kubu kuat Barisan Nasional

mb atas

Rembau 24 April : Majlis pemimpin bersama. Rakyat di padang awam Sedia Raja menyaksikan calon calon BN Rembau, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan calon Parlimen Rembau, Hj Khairy Jamaluddin dan calon Dun Cembung Dato’ Zaifulbahari Idris di iringi oleh 200 biji motor oleh anak anak muda dari Parlimen Rembau.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari YB Dato Zaifulbahari calon DUN Chembung mengajak pengundi di Chembung untuk mengucapkan terima kasih kepada BN dengan mengundi BN pada 5hb Mei ini.

YB Hj Khairy Jamaluddin seterusnya berucap dihadapan kehadiran hampir 1000 orang penyokong . Beliau berkata kehadiran penyokong yang ramai ini memberikan suntikan semangat kepada calon calon yang tentunya letih berkempen.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong kerana datang beramai ramai menyambut calon calon Barisan Nasional.

Dalam ucapan Dato’. Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, beliau mengajak rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bersyukur kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan, Tan Cheng Lock yang selalu menekan kepada menaikan taraf kemiskinan.

Beliau juga turut mengecam calon pembangkang yang entah mana datangnya , hanya muncul pada pilihanraya datang ke Parlimen Rembau dan menabur fitnah.

No comments: