Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Monday, April 22, 2013

PRU13 Dato' Seri Mohamad Hasan - Pembangkang yakin mereka kalah

DA9_0024

Rantau, 21 Apr – Penyandang kerusi N27 Rantau, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan (BN) berikrar pertahan kerusi yang dimenanginya pada 2004 dan 2008 lalu sekaligus menghilangkan wang deposit pihak lawannya.

2008, beliau di tentang oleh calon PKR, Aisah Lamsah dan kini calon yang sama menentangnya.
Ujar beliau di majlis pemimpin bertemu rakyat di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi, “pembangkang akan dikuburkan di PRU kali ini, kerana mereka sudah menyusahkan ramai rakyat di dalam negara dan negeri.”

Tambah beliau lagi, “pembangkang amat mengelirukan pemikiran rakyat. Agenda yang di bawa pada 2008 telah berjaya merasuk sebahagian rakyat dengan pelbagai janji bulan dan bintang.

“Namun setelah 5 tahun di beri peluang menjadi wakil rakyat dan mentadbir beberapa buah negeri, akhirnya janji tinggal janji. Akibat janji ditaburi, rakyat kini perlu buka mata untuk memastikan pembangkang tidak lagi wujud di bumi negara ini.” Katanya.

Beliau turut berseloroh, “jika mereka datang setelah 5 tahun tak datang membawa bekal gula dan gandum, tuan-tuan dan puan-puan ambil. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jangan kita tolak pemberian orang.”

Begitu pun, pembangkang sebenarnya amat yakin mereka akan kalah teruk kali ini dan dikhabarkan sedang merancang sesuatu untuk sabotaj BN. Oleh itu, kepada semua penyokong dan pengundi BN dinasihatkan agar berhati-hati.

Bukan sahaja mereka berhasrat untuk sabotaj BN namun dalam masa yang sama mereka mahu menyalahkan dan menuduh SPR tak telus di dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya.

Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, “ini lagu lama yang dinyanyikan pembangkang. Pada tahun 2008, mereka nyanyikan sebelum pilihanraya diadakan, selepas menang 6 negeri yang BN tidak pernah duga, mereka diam bisu.”

Oleh yang demikian, rakyat perlu keluar mengundi dan memastikan memilih kerajaan yang tepat dan kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan mempunyai agenda pembangunan negara.

“Tolak pembangkang bermakna banyak lagi agenda pembangunan negara dapat direncanakan. Berikan fokus kemenangan 2/3 kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum kali ini.” sambung beliau lagi
Turut hadir, calon P131 Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN) serta isteri Puan Nole Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Encik Zulkifli Yusof, Ketua PDM Sri Lalang.

No comments: