Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Monday, April 15, 2013

MENJAWAB ISU KILANG SISA TOKSIK KUALITI ALAM BERHAMPIRAN KAMPUNG SENDAYAN

Sebagai penduduk Sendayan saya kecewa kerana Isu Pusat pelupusan sisa toksik di Kualiti Alam Sdn Bhd dijadikan bahan kempen murahan PECACAI Pembangkang yang CETEK AKAL dengan MENIMBULKAN FITNAH dan memutar belitkan keadaan sebenar sehinggakan masyarakat diberikan gambaran salah berkaitan isu ini. 


Tidak dinafikan sebagai penduduk Sendayan memang saya mahu kilang ini dipindahkan. Tetapi janganlah sampai kita MENIPU dan rela diri kita DIPERGUNAKAN demi politik SEMPIT Pembangkang yang memang suka menabur fitnah dan mengadu domba masyarakat.

Mereka menuduh kilang ini menjadi punca berlakunya "HUJAN KUNING", "POKOK MATI", "MENGIDAP ASMA", "MENGIDAP PENYAKIT GATAL", "BAU BUSUK" dan macam-macam lagi. Bab bau busuk tu saya mengaku wujud namun tidak lah setiap hari... tetapi bab hujan kuning rasanya memang tak pernah berlaku kalau tak pasti Sendayan dah popular dan keluar berita buletin utama TV3.

Malah kes pokok mati dan individu yang mengidap penyakit tu saya amat sangsi sekali ada kaitan dengan kilang Kualiti Alam kerana tiada bukti saintifik membuktikannya... tuduhan itu hanya cakap-cakap kosong dan jika benar kilang Kualiti Alam punca penyakit berkenaan saya pasti hampir seluruh penduduk Sendayan secara serentak menderita dan mengidapi penyakit berkaitan.

Realitinya sebenar adalah ada Individu TOLOL datang ke Sendayan mahu jadi HERO dengan mencari penduduk yang ada penyakit di Sendayan dan terus membuat kenyataan konon penyakit itu di kaitkan dengan Kilang Kualiti Alam.

FAKTA SEBENAR

1. Kes ini dijadikan isu oleh pembangkang apabila berlaku 2 kematian pekerja di Kualiti Alam akibat kemalangan semasa bekerja. Kematian pekerja ini kalau tak silap akibat terdedah kepada gas toksik akibat berlaku kebocoran saluran. Ha... Dari situ pembangkang mula bermain isu kilang ini toksik lah, merbahaya lah dan bermacam lagi untuk menakut-nakutkan orang ramai... itu yang nak tanya bodoh piang atau tak sekolah pembangkang ni??? dah nama kilang pelupusan sisa toksik memanglah merbahaya... dan kemalangan itu berlaku pun bukan disengajakan... 

2. Kilang pelupusan sisa toksik Kualiti Alam ini mematuhi piawaian Malaysia dan Antarabangsa bagi pengendalian operasinya... maknanya kilang ini selamat beroperasi tanpa membahayakan persekitaran disekeliling.  Sila Rujuk (klik link).

3. Kenyataan kononnya pihak pengurusan kilang kualiti alam tidak bekerjasama adalah FITNAH semata-mata. Ini kerana pada awal April lalu penduduk sendayan termasuk yang menyokong pembangkang telah dijemput melawat kilang kualiti alam oleh pihak pengurusan. Malah semasa lawatan penerangan penuh keselamatan dan operasi kilang telah diperjelaskan termasuk sesi dialog bagi menjawab kerisauan penduduk Sendayan.

4. Kerajaan Negeri Sembilan - BN telah memulakan langkah dalam mengkaji secara terperinci sama ada operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan perlu dikekalkan atau tidakMalah usaha ini telah dilakukan pada 2012 lagi dan terbukti tuduhan pembangkang LAPUK, BASI dan KETINGGALAN ZAMAN... Sila Rujuk Sumber (klik link)

“Kerajaan Negeri sentiasa memantau operasi tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam untuk memastikan kesan minimum kepada pembangunan sekitar. Kita buat kajian secara terperinci." Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan

5. Penduduk Sendayan amnya berharap kilang ini dipindahkan dan bukti komitmen Kerajaan Negeri Sembilan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB DS Mohamad Hasan untuk mengkaji pemindahan ini sewajarnya melayakkan kita terus MENGUNDI dan memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional pada PRU 13 ini. Moh kita tanyo DS Mohamad Hasan Esok masa program Jalinan Mesra di Dewan Orang Ramai Felda Sendayan.

6. Saya dan penduduk Sendayan berasa kecewa, terhina dan amat terkilan dengan Pihak Pembangkang Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR yang secara licik menabur fitnah, berbohong dan memburukkan nama Kampung Sendayan kepada umum dengan mengambil kesempatan atas isu setempat yang telah pun ditangani secara berhemah oleh BN di bawah kepimpinan YAB DS Mohamad Hasan. 

Sikap tidak bertanggungjawab Pihak Pembangkang Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR membuktikan mereka tidak layak menerima sokongan penduduk Kampung Sendayan, DUN Rantau dan PARLIMEN Rembau Amnya.

Saya menyeru saudara, rakan dan sahabat penduduk Kampung Sendayan menolak calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti sebagai tanpa protes terhadap fitnah pembangkang yang cuba mengganggu gugat keharmonian masyarakat Sendayan.

BERSAMA TOLAK PAKATAN RAKYAT
JOM UNDI DAN SOKONG BARISAN NASIONAL

5 comments:

Anonymous said...

Den setuju BONAR... org luar pulak nak nyibuk kek tompek kita... poie mampuih la samo pembangkang... membohong jo kojo ehh...

Anonymous said...

ermmm... baru faham... ingat isu besar sgt... rupanya pembangkang punya angkara... CEH!

Anonymous said...

harap BN alihkan kilang untuk kebaikan org sendayan... sokong Den TOTAP SOKONG BN...

Anonymous said...

Skang kilang tu dah meletup..so nak cakap x bahaya lagi k?....stupid blog

Anonymous said...

Kini merase la org sendayan hidup dengan toksik radiasi merbahaye tu..opss stupid blog