Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Monday, April 22, 2013

PRU13 Isu Hospital: Jangan Mudah Terpedaya Dengan Dakyah Pembangkang

Masyarakat Ladang Kombok hari ini menyambut dengan gembira kedatangan Khairy Jamaluddin dan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang tiba di Majlis Mesra Rakyat PDM Kombok berhadapan SJKT Ladang Kombok, DUN Paroi.


                                                 Masyarakat Ladang Kombok yang hadir
Didalam ucapan Khairy,beliau mengingatkan rakyat PDM Kombok supaya rakyat jangan mudah terpedaya dengan pembangkang yang datang dengan janji-janji kosong serta memberikan gambaran buruk mengenai kerajaan agar rakyat membenci kerajaan sedia ada.

Khairy  memberi penjelasan tentang isu hospital di rembau yang dimainkan pembangkang. Projek Hospital Rembau sebenarnya tidak terbengkalai seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, sebaliknya tender sudah dikeluarkan untuk pembinaan bangunan berkenaan.

Pembinaan fizikal hospital itu bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutu-pan tender projek berkenaan 18 April 2013.



                  Khairy dikalungkan dengan bunga malai daripada wakil penduduk ladang Kombok

Khairy dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengibarkan panji Barisan Nasional bersama penduduk Kombok

No comments: