Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Tuesday, April 23, 2013

PRU13 Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan : ‘Jom ubah’ di kubu kuat pembangkang


DA9_0015


Senawang, 22 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan juga calon N27 Rantau mengajak pengundi Taman Pinggiran Senawang yang memenangkan calon PAS di PRU lalu untuk berubah.


Beliau amat tertarik dengan banting PAS (Jom Ubah) yang meminta pengundi di sini untuk berubah malah seakan-akan berkempen di negeri Kelantan.


Beliau yang berasa amat pelik dengan kempen ubah di kubu kuat sendiri tersebut menyarankan agar pengundi keluar beramai-ramai pada 05 Mei ini untuk mengundi BN.


Secara berseloroh beliau berkata, “jika pembangkang kata kenapa undi BN? Katakan pada mereka, ‘kau sendiri yang suruh ubah.. dah ubah kenapa marah?”


Katanya lagi, “beri peluang kepada calon baharu N25 Paroi yang mewakili parti, iaitu saudara Mohd Ghazali Abd Wahid untuk menabur bakti kepada penduduk di sini.”


“Jika beliau menang kelak, dan jika tidak melaksanan tugas seperti kehendak pengundi di sini, buat aduan kepada saya untuk diambil tindakan.” sambung beliau.


“Jika 2008, penduduk di taman ini telah memberi kemenangan kepada PAS, lihat sahaja dalam tempoh lima tahun tersebut, adakah wakil rakyat ini turun padang?” soal Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.


Beliau turut merayu, “beri BN peluang untuk kesejahteraan rakyat, walaupun kalah pada PRU lalu, namun Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan kesejahteraan rakyat.


Oleh yang demikian, Barisan Nasional merupakan parti yang amat baik terutamanya di dalam agenda mensejahterakan rakyat.


Terdahulu beliau menyempurnakan Taman Kejiranan Taman Pinggiran Senawang, Senawang yang dilengkapi padang futsal, kawasan riadah dan tanah lapang untuk beraktiviti sukan.


Turut hadir, Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan isteri Puan Hajah Noli Tun Abdul Razak, Tuan Mohd Ghazali Abdul Wahid, calon N25 Paroi.

No comments: