Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Saturday, April 27, 2013

PRU13 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kenyataan Di Kampung Sendayan : Ideologi berbeza, PAS diramal keluar Pakatan



bendera pakatan(m)

Seremban, 27 April: Perbezaan ideologi dan dasar yang serius antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi sebab Pas keluar pakatan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika pembangkang diberi kuasa membentuk kerajaan, perkara pertama dibincang ialah siapa yang patut menjadi Perdana Menteri. “Anwar Ibrahim kata akulah, Hadi Awang pula kata, dia pun nak jadi. Isu PM ini hingga sekarang tidak selesai,” kata Muhyiddin

Muhyiddin menjangka PAS akan keluar pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana perbezaan ideologi antara mereka, katanya ketika melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Kampung Sendayan di sini, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan itu terbukti apabila negara Islam dan hukum hudud yang menjadi teras dalam perjuangan PAS sejak dulu tidak dipersetujui parti lain dalam pakatan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh kata langkah mayatnya dulu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kata ‘no way you want to do this’ (jangan harap awak mahu buat begini). 

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, PAS bertanding kira-kira 70 daripada daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara dan hanya boleh menang sebahagian daripada jumlah itu, jauh kurang berbanding kerusi ditandingi PKR dan DAP.

PAS minoriti
Sudah tentu berlaku pertembungan, mereka (PKR dan DAP) kata kami majoriti dan awak (PAS) minoriti perlu ikut kami.

Hingga suatu peringkat yang begitu genting, akhirnya PAS kata, kalau beginilah keadaannya, saya terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang, katanya.  Sementara itu, katanya, Ketua Umum PKR sudah terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri.

No comments: