Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Thursday, April 25, 2013

PRU13 Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan Penduduk Kuala Sawah kini kembali Sokong BN


DA9_0050

Kuala Sawah, 24 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi BN Negeri amat puas hati dengan peratusan pengundi keluar di majlis pemimpin bersama rakyat di perkarangan bilik gerakan PDM Kuala Sawah, petang tadi.

Pengerusi BN Negeri yang juga calon mempertahankan kerusi DUN Rantau ini berkata, Di kala berkempen, dijangkakan tidak ramai akan keluar mendengar kempen, tetapi disebabkan oleh kepercayaan mereka telah pulih dan terarah kepada BN, maka kita dapat lihat kepuasan di hati dan jiwa mereka.

Menjawab soalan media di sidang media ringkas, beliau mengambil contoh kehadiran kaum India di dua siri majlis pemimpin bersama rakyat, iaitu di Ladang Kombok dan Taman Permata tiga hari lalu, rata-rata yang keluar merupakan pengundi yang mulai sedar mainan pembangkang yang menipu mereka selama ini.

“Berbeza dengan 2008, bendera pun tidak ada, malah poster yang diletakkan di sabotaj malah mereka membaling dengan najis binatang. Kini boleh kita lihat bendera berkibaran dan kebanyakan rumah turut mengibarkan bendera.” katanya.

Ketika itu mereka dipengaruhi dengan jayanya oleh Makkal Sakti dan Hindraf, kini mereka telah berikrar taat setia bagi memulihkan kepercayaan kaum India dan membantu BN untuk menang di PRU

Paling malang buat pembangkang (DAP),  ahli-ahli mereka terutama kaum India beramai-ramai keluar parti dan dimaklumkan seramai 14 orang ahlinya menjadi calon Bebas.

Mereka yang keluar tersebut ialah dikalangan hardcore kaum India dan dijangkakan peratusan masyarakat India keluar mengundi BN begitu tinggi sekali kali ini.

Turut hadir, Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin dan isteri Noli Tun Abdullah Ahmad Badawi.

No comments: