Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Saturday, April 27, 2013

PRU13 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BN Negeri Sembilan lancar 45 aku janji Di Kampung Felda Sendayan

Seremban: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, semalam melancarkan 45 aku janji bertajuk Satu Kejayaan Suatu Pengharapan, Janji Ditepati yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun jika BN mendapat mandat pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Aku Janji yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan di sini, semalam meliputi 18 perkara, termasuk kesejahteraan rakyat, perumahan, infrastruktur, ekonomi dan pelaburan dan syiar Islam. 
.
.
Sebagai contoh dalam kesejahteraan rakyat, BN berjanji untuk mencapai sifar miskin tegar, menambah bilangan rumah mampu milik untuk rakyat, menyediakan lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), me-nyebar luas perkhidmatan WiFi percuma, menambah baik kemudahan jalan raya dan menyiapkan pembinaan Hospital Rembau yang serba moden.

BN juga berjanji memperhebat bidang pendidikan dengan memastikan Lembah Ilmu yang dirancang berjaya serta memberi insentif kepada anak negeri yang mendapat kelulusan kelas pertama di institusi pengajian tinggi.

Insentif lanjut pelajaran

Begitu juga insentif galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) dan menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh.

Untuk belia, BN akan berusaha melahirkan lebih ramai atlit cemerlang serta menyediakan dana pengurusan kepada organisasi belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
Bagi meneruskan kejayaan Dasar Jaringan Sosial pula, BN negeri berjanji menyelesaikan pewartaan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan dan berusaha mempertingkat taraf ekonomi Orang Asli.

Turut digariskan dalam aku janji itu adalah meningkatkan kualiti kehidupan warga bandar dengan mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah bandar raya, menaik taraf beberapa majlis daerah kepada majlis perbandaran dan menambah bilangan tempat letak kereta bagi keselesaan warga Seremban.

Kukuh syiar Islam

Tumpuan turut diberikan terhadap memperkukuh syiar Islam dan keharmonian antara agama serta memperkasa skim rondaan sukarela dan kepolisan rakyat.

BN negeri juga berjanji menguruskan perkhidmatan dengan cekap dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah serta menarik lebih banyak pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

No comments: