Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Tuesday, April 23, 2013

PRU13 Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan : Guru perlu bersaing dengan cabaran semasa



DSC_9175


Seremban, 23 Apr - ”Kejayaan dikecapi disebabkan oleh pelajaran dan jika dasar yang baik tidak dilaksanakan, maka tidak bergunalah dasar yang diperkenalkan.” ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.


Warga guru perlu meletakkan semula profession perguruan ke tahap dihormati oleh masyarakat seperti mana profession ini satu ketika dahulu amat dihormati.


Ujar beliau lagi, “Betapa penting dan mustahaknya peranan guru kepada anak didik disamping guru perlu menganggap anak murid yang didiknya umpama anak sendiri .


Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, menyempurnakan Persidangan Perdana Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara – “Kompetensi & Profesionalisme Keguruan” di Klana Resort, Seremban sebentar tadi.


Tegas beliau, “pentingnya tenaga pengerak’ bermaksud pentingnya peranan guru di tambah pula dunia berdepan dengan zaman globalisasi yang penuh cabaran dan dugaan.


Para guru turut diingatkan bahawa profession perguruan ini telah wujud sejak sekian lama, jika tidak di sekolah, ibu bapa itulah guru kita, dan apabila di sekolah, guru menjadi sumber rujukan anak murid.


Katanya lagi, “Jika mahu berjaya lihatlah kepada Dasar Pendidikan dan tenaga pengeraknya.


Di seminar dua hari yang bermula hari ini dianjurkan oleh Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM) perlu dijadikan medium perbincangan untuk mendapatkan solusi pendidikan yang perlu diubah mengikut peredaran semasa.


Jika persidangan dua hari ini mencapai objektifnya, beliau yakin dan percaya profession perguruan ini kembali dipandang tinggi oleh masyarakat.


Guru tidak boleh lagi ketinggalan kebelakang dan menyedari peranannya perlu dikelilingi kelompok masyarakat apalagi ianya perlu diinstitusikan kepada masyarakat.


Beliau berasa amat hairan kenapa profesion perguruan yang satu ketika dahulu amat dihormati masyarakat kini dipandang ringan malah profession tersebut dilihat malap.


Beliau turut menyeru agar guru bangkit memainkan peranan dan mengilap semula semangat ‘sense of honourship’ di dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna bersesuaian dengan peredaran semasa.


Turut hadir, Prof. Dr. Dato’ Kamaruddin Kachar, Tan Sri Dato’ Abd Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Prof Emaritus Dato’ Dr. Ishak Harun dan Dr. Masnah Muda.

psttt : Guru dah dapat macam-macam manafaat dari kerjaaan BN kalau tak sokong kerajaan BN tak tau lah nak kata apa... sendiri fikir lahhhh!

No comments: