Klik Untuk Ke Web Barisan Nasional (BN)

Friday, April 19, 2013

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan : Semua calon BN angkat sumpah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah

LEO_2318

Seremban, 18 Apr – Semua calon parlimen dan DUN mewakili BN sekali lagi berkumpul di rumah rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kali ini bagi memastikan borang pencalonan diisi dengan betul dan memastikan pencadang dan penyokong adalah pengundi di kawasan yang diwakili calon.

Persiapan hari ini juga penting bagi mengelakkan masalah teknikal di hari penamaan calon ini kelak.

Di samping memerlukan calon mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang turut hadir.

Menurut Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, ketika sessi sidang media ringkas, semakan dan persediaan ini amat penting untuk semua calon dan di lakukan dan keadaan yang selesa dan tidak tergesa-gesa.

Beliau turut menyatakan, bahawa seorang calon menyerahkan watikah pencalonan sekaligus menarik diri dari mewakili kawasan yang diwakilinya kerana memikirkan beberapa sebab dan faktor.

Namun, beliau menasihatkan calon tersebut agar berfikir sehingga petang ini sama ada mahu terus menarik diri atau terus bertanding di kawasan yang diwakilinya.
Katanya lagi, “kita masih mencari calon yang sesuai untuk mengantikan tempatnya. Berkaitan calon penganti tidak mempunyai masalah kerana ramai yang bersedia menjadi calon. Tetapi calon yang bakal mengantikannya, perlu melepasi kriteria yang ditetapkan oleh parti.

Beliau turut menegaskan bahawa pemilihan calon oleh pihak atasan merupakan aspirasi masyarakat dan bukan aspirasi parti.

Calon penjawat awam

Menurut Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, calon yang bekerja sebagai penjawat awam perlu menghantar notis berhenti kerja jika hendak menjadi calon PRU.
John Fernandez bertanding BEBAS

Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, konflik yang melanda DAP negeri lama diketahui.

Apabila bekas ahli parlimen tersebut mengumumkan akan bertanding BEBAS, ianya jelas menunjukkan orang India tidak puas hati dengan DAP.

“Orang Melayu apa lagi, memang tidak mempunyai peluang dalam DAP. Masyarakat boleh menilai terutamanya pemilihan CEC yang tidak terlus.

Katanya lagi, parti DAP merupakan parti yang cakap tidak serupa bikin.

Semakan dan angkat sumpah calon di hadapan Pesuruhjaya Sumpah berlangsung dua hari sebelum tarikh penamaan calon pada 20 April 2013.

No comments: